THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES ?


MySpace Generators & Puzzles

Sunday, May 11, 2008

Ciri-Ciri Kepimpinan

Soal kepimpinan dalam sesebuah organisasi sering diperkatakan apabila ianya menampakkan kecacatan ataupun kemajuan bagi organisasi berkenaan. Ini terbukti peranan pucuk pimpinan bagi sesebuah organisasi amat penting, kerana ia melibatkan krediabiliti pemimpin dan perlakuan aktiviti dalam organisasi.

Pemimpin yang bersifat adil adalah satu ciri penting yang sepatutnya ada bagi seseorang yang bergelar pemimpin. Ianya tidak terbatas kepada jenis kepimpinan kepada sebuah keluarga atau perkumpulan kecil atau sebuah organisasi. Malah apa sahaja yang dipimpin olehnya, keadilan akan sentiasa dipersoalkan. Artikel ini akan membicarakan tentang ciri-ciri kepimpinan yang harus ada dan dimiliki oleh seorang pemimpin kepada sesebuah organisasi menurut pandangan Islam.

Islam mengajak manusia menepati keadilan dalam segenap aspek kepimpinan yang diwakili olehnya. Sebab itulah pemimpin yang adil tempatnya kelak adalah di bawah naungan ‘Arash yang mulia.

Kepimpinan dari kacamata Islam merujuk kepada keperibadian dan segenap aspek tindakan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Di antara ciri-ciri kepimpinan yang baik di antaranya ialah:

  • Berilmu pengetahuan. Orang yang berilmu akan ditingkatkan darjat dan tarafnya. Demikian menurut AlQuran. Sudah semestinya seorang pemimpin dalam sebuah organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih terutama aspek-aspek teknikel dan juga pengurusan dalam organisasi.
  • Teras Aqidah yang kukuh. Ini bermakna seorang pemimpin yang mempunyai teras aqidah yang kukuh akan berjaya dalam kepimpinannya kerana pegangan yang tetap dan aqidah yang mantap akan mencorakkan kepimpinan yang tegas dan beretika dalam perwatakan dan prosedur kerja.
  • Seorang lelaki. Pemimpin lelaki mempunyai beberapa kelebihan berbanding wanita dari segi kepimpinan. Pandangan yang jauh dan bermakna lebih utama dari mengutamakan perkara yang dekat dan remeh dari segi soal-soal kepimpinan. Kaum wanita adalah penting dari segi mengukuhkan organisasi dan perkara-perkara yang perlu dihalusi untuk mencapai kesempurnaan.
  • Amanah. Sifat amanah adalah sifat yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Seharusnya seseorang pemimpin mewarisi sifat tersebut untuk mewujudkan sikap kerja yang baik dalam berbagai urusan organisasi.
  • Benar dalam perkataan dan tindakan. Seseorang yang benar dalam perkataan dan tindakannya menggambarkan ciri-ciri kepimpinan yang baik dan menepati soal Kepimpinan Melalui Teladan.

Jika anda mempunyai sebarang pendapat tentang perkara yang saya utarakan , bolehkan
tinggalkan komen anda di blog saya atau email di greame_21@yahoo.com

Saturday, May 10, 2008

Wish For Mothers Day

who wanna wish to your own beloved mother can impress your true love feeling on my blog. Hope your wish will be granted. ^.^

Pengetahuan Am

Apakah komen anda tentang kepentingan penggunaan bahasa inggeris dalam sistem pembelajaran kita di Malaysia. Adakah ia mengganggu bahasa ibunda yang digunakan sejak zaman nenek moyang kita , atau pun ia hanya sekadar pengetahuan dan juga kemahiran yang perlu ada dalam setiap induvidu?